NADI – ESUKAN: Etika & Sikap Pemain E-Sukan

18 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

18 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas kesedaran : NADI – ESUKAN: Etika & Sikap Pemain E-Sukan. Seramai 2 orang peserta telah mengikuti seminar atas talian ini. Kelas ini bermula selama 15 minit.

Etika dan sikap sebagai pemain esukan bukan sekadar tentang kehebatan bermain, malah ia mencerminkan disiplin dan kematangan diri pemain dalam dunia digital. Sebagai pemain yang berwibawa, pemain perlulah sentiasa mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dengan menghormati rakan sepasukan serta pihak lawan, mengelakkan perbuatan 'toxic' seperti maki hamun, dan sentiasa menjaga emosi walaupun ketika kalah. Sikap profesional seperti menepati masa latihan dan bijak membahagikan masa antara hobi dengan pelajaran adalah kunci utama untuk menjadi pemain yang bukan sahaja 'pro' dalam permainan, tetapi juga dihormati sebagai individu yang berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali